Pengenalan

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.

Skim ini akan dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini akan dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang akan bertindak selaku Third Party Administrator (TPA).

Sebagai TPA, SELCARE akan bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Kriteria

SYARAT DAN KELAYAKAN KATEGORI A :
Ahli Skim Peduli Sihat
KATEGORI B :
Berpendapatan isi rumah diantara RM 3,000 ke RM8,000
WARGANEGARA DAN TARAF PEMASTAUTIN Warganegara Malaysia dan lahir atau telah menetap di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
PENDAPATAN ISI RUMAH RM3,000 sebulan dan ke bawah Diantara RM 3,000 ke RM8,000 sebulan
MEKANISME RUJUKAN PESAKIT (REFERRAL MECHANISM) Klinik Panel Skim Peduli Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor
HAD PEMBIAYAAN
1. Saringan Jantung
2. Prosedur Rawatan
3. Sesi susulan (maksima 2 kali)
Skim ini adalah bantuan tambahan daripada bantuan sedia ada oleh pemohon/pesakit
Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri

KAEDAH PERMOHONAN

KATEGORI A

1. Pemohon perlu mendaftar sebagai ahli Skim Peduli Sihat (Jika masih belum mendaftar).

2. Pesakit mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel.

3. Emel surut rujukan doktor ke SELCARE gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

4. SELCARE akan memproses Surat Jaminan (GL) dan memaklumkan kepada pesakit tarikh rawatan di IJN.

5. Pesakit ke IJN membawa Kad Pengenalan untuk mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke IJN)

* Semakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 03 – 5525 6600

KATEGORI B

1. Muat turun borang permohonan di sini

2. Hantar borang dan dokumen yang lengkap kepada SELCARE atau email ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR

3. SELCARE akan menghubungi pesakit atau penama setelah kelulusan diperolehi.

* Semakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 03 – 5525 6600